Sponsors

Jumat, 27 Desember 2013

Pangkalan udara AS dibedil

Sebahagian Pangkalan Udara Bagram musnah selepas dibedil Taliban, kelmarin.

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya empat askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam serangan bom di selatan Afghanistan.

Dipetik laporan Press TV, Jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF ) dalam satu kenyataan melaporkan, beberapa roket menggegarkan Pangkalan Udara Bagram iaitu pangkalan tentera terbesar tentera AS di negara itu yang terletak di wilayah Parwan.

“Letupan itu dipercayai menggunakan roket kawalan jauh,” katanya.

Menurutnya, kesemua tentera maut adalah warga AS yang ketika itu sedang meningkatkan kawalan keselamatan di selatan Kabul.

“Kumpulan Taliban Hezb-e- Islami diketuai Gulbuddin Hekmatyar mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan tersebut,” katanya.

Bandar Bangram kini menjadi sasaran Taliban memandangkan kawasan terbabit menempatkan ribuan kuarters tentera dan kontraktor awam.  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar