Sponsors

Minggu, 22 Desember 2013

KLIA 2 siap 92

Sepang: Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA-2) bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) akan siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan iaitu pada 30 April 2014 sebelum dibuka kepada umum pada 2 Mei tahun sama.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, beliau memberi jaminan dan yakin pembinaan KLIA-2 berjalan lancar seperti dijadualkan dan berpuas hati dengan kerja dilaksanakan kontraktor.
“Sehingga kini, keseluruhan pembinaan KLIA-2 siap 92 peratus manakala bangunan terminal utama siap 96 peratus termasuk pemasangan sistem penghawa dingin, landasan Express Rail Links Sdn Bhd (ERL) dan kawalan trafik udara. 

“Hampir keseluruhan kemudahan dan sistem di bangunan terminal utama siap sepenuhnya kecuali laluan bagasi dan sistem dalam talian yang masih dalam proses penambahbaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan KLIA-2 di sini, semalam.


ABDUL Aziz (kanan) melawat tapak pembinaan KLIA-2, semalam.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memastikan semua kerja pembinaan dijalankan seperti dijadualkan, selain mengelakkan pelbagai aspek yang boleh menyebabkan kelewatan.

Pada masa sama, beliau berkata, ujian pendaratan pesawat akan dilakukan di KLIA-2 pada hujung September ini bagi menguji ketahanan litar di lapangan terbang itu. 

“KLIA-2 akan menjadi lapangan terbang hibrid pertama di negara ini yang menggabungkan perkhidmatan tambang murah serta premium kelas perniagaan dalam satu terminal. 

“Langkah menaik taraf perkhidmatan kelas perniagaan di lapangan terbang itu dilakukan atas permintaan AirAsia Berhad (AirAsia) dan selepas ini tiada sebab mengapa syarikat penerbangan tambang murah itu tidak mahu berpindah ke KLIA-2,” katanya. 

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, walaupun bakal berstatus lapangan terbang hibrid pertama di negara ini, tetapi levi terhadap penumpang tidak akan dinaikkan dan ia sama seperti yang dikenakan di LCCT.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar