Sponsors

Sabtu, 22 Februari 2014

Ops Cantas Khas Polis KL Tahan 21 Suspek



KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan 21 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata antaranya mereka dipercayai melakukan samun tanpa senjata, mendatangkan cedera, curi kenderaan, menipu, ugutan jenayah dan memiliki senjata merbahaya.

Menurut Mohmad mereka merupakan antara 492 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara sepanjang tempoh itu. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar