Sponsors
Jumat, 31 Januari 2014
Sedar dari koma boleh berbahasa asing
Seorang lelaki Inggeris baru baru ini boleh bercakap bahasa Welsh selepas sedar dari koma. Padahal, dia Cuma boleh berbahasa Inggeris.
Alun Morgan, 81 tahun, sepanjang hayatnya hanya mampu berbicara dalam bahasa Inggeris. Veteran perang ini pernah tinggal di Wales beberapa bulan ketika Perang Dunia II. Morgan dikatakan pernah belajar bahasa Welsh ketika itu. Namun dia mengaku tidak menuturkan bahasa itu selama 70 tahun. Isteri Morgan sendiri fasih dengan bahasa Welsh.
Setelah stroke, Morgan berada dalam koma selama tiga minggu. Ketika sedar, mendadak tanpa sedar dia bercakap Welsh.
"Saya merasa bercakap seperti biasa. Namun isteri saya hairan kerana saya berbicara dengan bahasa lain," katanya, Jumat lalu.
Penduduk setempat mengatakan, selama dua hingga tiga hari kemudian dia perlahan-lahan kembali menuturkan bahasa Inggeris dengan kesusahan. Menurut Morgan, kosakata Inggeris kembali padanya secara bertahap. Dia dilaporkan harus mengambil kursus untuk boleh kembali menuturkan bahasa Inggeris. Kini, dia menyatakan ia hampir lupa dengan bahasa Welsh.
Joe Korner dari Association Stroke mengatakan, beberapa penderita stroke kehilangan kemampuan bahasa atau berjuang untuk mengingat kata-kata. Namun ada juga yang malah membuka kemampuan terpendam bahasa mereka yang tak disedari.
"Kami percaya otak yang rosak menemukan jalur baru, yang membuka kenangan atau pengetahuan yang terpendam," kata Korner.

Kamis, 30 Januari 2014
Pengalaman Ganjil Si Pencuri Kain Kafan
Salam semua,
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. .
Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..
~sumber~

Rabu, 01 Januari 2014
Mandi dengan Mata Tertutup Bisa Tingkatkan Memori
Mandi merupakan aktivitas yang dilakukan orang setiap harinya dan punya banyak manfaat. Tapi jika ingin meningkatkan memori, cobalah membasuh air atau menggunakan shower sambil menutup mata saat mandi.
Diketahui beberapa perubahan gaya hidup yang terdengar sepele atau kecil kadang bisa memberikan manfaat yang besar bagi tubuh, salah satunya adalah memejamkan mata saat mandi dapat tingkatkan memori.
Studi yang dilakukan oleh peneliti dari Franklin Institute mengungkapkan memblokir atau menggabungkan satu atau lebih indra di tubuh, misalnya mandi dengan mata tertutup bisa meningkatkan daya ingat atau memori dan kebugaran mental.
Hal ini dikarenakan jika seseorang menggunakan indra dengan cara yang tidak terduga, maka bisa merangsang sel-sel saraf di otak sehingga mengaktifkan jalur yang ada, seperti dikutip dari Livestrong.
Peneliti mengungkapkan kondisi ini hampir sama ketika orang menengadahkan tangan saat hujan atau mencium bau bunga sambil memejamkan mata. Ketika menutup mata maka tubuh mengandalkan penalaran spasial dan indra penciuman serta sentuhan.
Mandi dengan mata tertutup ini juga bisa memberikan efek relaksasi bagi tubuh yang dapat membantu mengurangi kadar kortisol atau hormon stres yang diproduksi akibat tekanan saat kerja atau masalah lain.
Selain itu, berdasarkan jurnal Alternative and Complementary Therapies diketahui mandi dan menambahkan minyak esensial ke dalam air bak mandi bisa membantu meningkatkan kinerja dari otak, mempertajam memori serta mengurangi stres.
Sedangkan ketika orang mandi dengan shower secara otomatis mekanisme tubuh akan mendorong lebih banyak darah mengalir sehingga dapat meningkatkan sirkulasi dan membantu menghilangkan racun.
sumber
Berdamailah Dengan Takdir
Salam semua,
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma sekerat, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabie nya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk berkelahi dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk bersahabat dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan lukisan takdir pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."
Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.
- Artikel iluvislam.com
Langganan:
Postingan (Atom)